fbpx

Abdul Hadi positif Covid-19, alami gejala ringan

ABDUL HADI AWANG

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah. 

Anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, walaupun mengalami gejala ringan, tahap kesihatan bapanya dalam keadaan baik. 

“Mohon doa buat ayahanda supaya diberikan kesembuhan segera. 

“Beliau disahkan positif Covid-19 dengan kini menjalani kuarantin di rumah dan dalam keadaan baik,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini. 

Kelmarin, Abdul Hadi berkunjung ke Kedah bagi merasmikan Bangunan Pentadbiran Kompleks Pas negeri itu di Simpang Empat, Alor Setar. – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!