86 individu dituduh buat laporan palsu tahun lalu - Utusan Malaysia

86 individu dituduh buat laporan palsu tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya mengheret 86 individu ke mahkamah sejak tahun lalu kerana didakwa membuat laporan palsu atas kepentingan peribadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan berkenaan membabitkan samun, rogol, cabul, ragut, pemerasan jenayah dan ugutan jenayah.

Kata beliau, kesemua pertuduhan membabitkan pesalah berusia antara 15 hingga 57 tahun yang dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Sebanyak 66 kes sudah selesai dengan sabitan dan dihukum denda minimum RM500 sehingga RM2,500, manakala 20 kes masih dalam perbicaraan.

“Polis sama sekali tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang membuat laporan palsu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Fakhrudin, pihaknya tidak akan toleransi dengan mana-mana pihak membuat laporan palsu mengenai kejadian jenayah di daerah ini.

“Orang ramai tidak membuat laporan semata-mata kepentingan peribadi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN