8 institusi pendidikan Kelantan, Terengganu anjur ICTE’22 - Utusan Malaysia

8 institusi pendidikan Kelantan, Terengganu anjur ICTE’22

MOHAMED Fadzli Hassan (tengah) bersama wakil institusi pendidikan dalam Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Penganjuran ICTE’22 dan Pelancaran Laman Web ICTE’22 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama lapan institusi pendidikan di negeri ini dan Terengganu akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru 2022 (ICTE’22) pada 10 dan 11 Oktober depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persidangan dwitahunan edisi kedua tersebut dinaungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

Institusi terbabit ialah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu serta Kolej Polytech Mara Kota Bharu dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Turut terlibat, Yayasan Islam Kelantan (YIK), Institut Latihan Darul Naim (ILDAN), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohamed Fadzli berkata, gabungan pihak penganjur menyasarkan 400 penyertaan dan bagi tujuan itu, mereka turut melancarkan laman web ICTE’22, www.icte2022.com semalam.

Menurut beliau, lama web tersebut dapat memberi kemudahan kepada bakal peserta dan pembentang tempatan dan luar negara mendapat maklumat berhubung persidangan dwitahunan itu.

“Menerusi laman web yang dibangunkan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja ICTE’22 ini, peserta dan pembentang boleh terus membuat pendaftaran dengan kadar yuran berpatutan. Para pembentang juga boleh memuat naik abstrak untuk dinilai editor.

“Di samping itu, pelbagai maklumat terperinci termasuk skop persidangan, syarat-syarat penyertaan, pertandingan serta pelbagai aktiviti yang disusun dimuat naik dalam laman web ini,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Penganjuran ICTE’22 dan Pelancaran Laman Web ICTE’22 bersama wakil-wakil institusi di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Kata Mohamed Fadzli, tema persidangan itu ialah Fokus Ke hadapan: Memperkasakan Guru Masa Depan, Kini’ dan penganjurannya selari dengan ‘Wawasan Kemakmuran Bersama 2030’ dengan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat.

Katanya, ICTE’22 diharap dapat membangun dan memperkembangkan pengetahuan pendidik ke arah merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN