72 lokasi bazar Ramadan, 5,000 gerai beroperasi di Kuala Lumpur

72 lokasi bazar Ramadan, 5,000 gerai beroperasi di Kuala Lumpur

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 72 lokasi bazar meliputi 5,000 gerai beroperasi di sekitar ibu negara Kuala Lumpur sepanjang Ramadan bermula Ahad ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, tempoh operasi setiap lokasi bazar ditetapkan sekitar 3 petang hingga 8 malam.

“Walaupun selepas 1 April kita masuk fasa peralihan ke endemik, kita mahu mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga penjarakan dan prosedur operasi standard (SOP) lain,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenal pasti beberapa lokasi strategik bagi penyusunan penjaja di sekitar ibu negara bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan secara berpusat dan sistematik dengan ruangan lebih kondusif.

Jelasnya, pelaksanaan program tersebut dijalankan secara berfasa dengan memberi tumpuan kepada lokasi penjaja dalam bandar.

“Penyusunan semula penjaja ini akan diperkenal di seluruh kawasan di Kuala Lumpur, paling penting kita hendak pastikan penduduk sekitar tidak terganggu dengan kehadiran penjaja yang mahu mencari rezeki.

“Program penyusunan semula penjaja itu juga mendapat kerjasama badan bukan berkanun (NGO) yang memberi kelebihan kepada penjaja antaranya kanopi percuma dan diskaun sewaan tapak,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya