596 kompaun bernilai setengah juta sejak 1 Januari - Utusan Malaysia

596 kompaun bernilai setengah juta sejak 1 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 596 kompaun bernilai hampir setengah juta dikeluarkan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur sejak 1 Januari lalu.

Ketua JPJKK Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, kesemua kompaun itu dikeluarkan mengikut Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit  (APPPB) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan

“Sejak 1 Januari hingga kini, sebanyak 596 kompaun bernilai RM596,000 dikeluarkan.

“Semalam, kita turut mengenakan kompaun terhadap 75 orang termasuk tiga pemilik premis dalam serbuan berasingan di sekitar ibu negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kompaun bernilai RM1,000 telah dikenakan kepada 18 orang pengunjung di premis pertama, 20 orang pengunjung di premis kedua dan 34 orang pengunjung di premis ketiga.

Jelasnya, orang ramai adalah dinasihatkan untuk terus mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 yang masih tinggi demi keselamatan umum.

“Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam usaha membantu kerajaan mengawal penularan Covid-19 demi kesejahteraan masyarakat bersama,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN