5 sebab besar mengapa rakyat Johor perlu undi BN - Utusan Malaysia

5 sebab besar mengapa rakyat Johor perlu undi BN

WAN AHMAD WAN OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rakyat negeri Johor perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini demi mengembalikan kestabilan politik bagi kesinambungan pembangunan dan kemajuan ekonomi negeri berkenaan yang merupakan antara negeri termaju sebelum BN dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, itu antara lima sebab mengapa BN perlu dipilih untuk mentadbir Johor bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang teguh dan stabil.

Beliau menjelaskan, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, Johor diketuai seorang Menteri Besar yang cekap dan berwibawa selain merupakan ahli politik yang berpengalaman.

Untuk menghasilkan sebuah kerajaan yang teguh dan stabil, katanya, Johor tidak boleh diketuai seorang ketua kerajaan muka baharu dan tidak berpengalaman demi kebaikan masa depan rakyat Johor.

“Rakyat Johor yang akan mengundi esok tidak boleh memperjudikan proses demokrasi ini dengan memperjudikan masa depan mereka dan masa depan negeri Johor dengan mencuba parti politik atau pemimpin politik yang kurang pengalaman untuk memimpin kerajaan.

“Ada pihak-pihak yang menyertai pilihan raya untuk menguji tahap sikap dan penerimaan rakyat terhadap partinya, atau masuk bertanding untuk ‘membalas dendam’ atau kerana kesinambungan survival politik, atau bertujuan menjadi ‘king maker‘, atau ingin mencuba nasib dalam politik,” katanya di sini semalam.

Wan Ahmad berkata, Johor mempunyai sejarah kesultanan Melayu yang teguh dan amat bangga dengan sejarah bangsa Johor.

Katanya, Melayu Johor yang mencetus kepada kelahiran parti besar orang Melayu memperjuangkan kemerdekaan negara, justeru, kesinambungan politik yang teguh adalah terbaik demi kecemerlangan ekonomi masa depan bangsa Johor.

Beliau menjelaskan, sebagai negeri bersempadan dengan Singapura, Johor amat perlu diletakkan di bawah sebuah kerajaan yang kuat dengan akar umbi politik yang kukuh.

“Dari segi ekonomi, Johor merupakan negeri terdekat yang menerima tempias kemajuan dari Singapura untuk kebaikan ekonomi Johor, manakala dari sudut politik keselamatan (political security), Johor merupakan benteng utama negara daripada cabaran pergolakan apa-apa  isu-isu keselamatan masa depan yang boleh berpunca dari Singapura.

“Kerajaan yang mentadbir negeri Johor mesti merupakan sebuah entiti politik yang teguh dengan organisasi politik yang kukuh dan stabil. Demi rakyat Johor dan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya