260322-warisan-ahlipolitiklompat

ADUN Sabah sertai parti Warisan esok?

warisan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang pernah menjadi ahli parti  lain dijangka menyertai Parti Warisan (Warisan) yang dijadualkan esok.

Memberitahu Utusan Malaysia, sumber berkata, penyertaan mereka akan didedahkan melalui sidang media pukul 11 pagi esok di ibu pejabat Warisan di Kota Kinabalu, Sabah.

Kata sumber, ahli-ahli politik berkenaan ketika ini tidak bernaung di bawah mana-mana parti politik, namun, mereka mempunyai rekod sebagai pernah keluar daripada parti politik di negeri itu.

Jelasnya, wakil-wakil rakyat berkenaan pernah menyertai aktiviti kempen parti semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, baru-baru ini.

Kata sumber lagi, penyertaan mereka ke dalam Warisan dijangka lebih ramai, dan terdapat ahli daripada UMNO dikatakan masih belum bersedia menyertai Warisan.

Bagaimanapun, ahli UMNO itu tidak dinafikan mungkin akan menyertai parti pimpinan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie itu.

Ditanya sama ada Warisan benar-benar menerima permohonan mereka menyertai Warisan, kata sumber: “Kalau mereka okay, okay lah (Warisan terima).” –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN