23 individu ditahan, 750 saman dikeluarkan JSPT KL

23 individu ditahan, 750 saman dikeluarkan JSPT KL

ANGGOTA trafik melakukan pemeriksaan terhadap motosikal dalam operasi bersepadu di sekitar ibu negara sejak Jumaat hingga awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 750 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi di sekitar ibu negara.

Op Bersepadu, Op Samseng Jalanan, Op Had Laju, Op Motosikal/ Pelbagai Kesalahan dan Op Mabuk dijalankan bermula Jumaat hingga awal pagi ini dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, operasi tersebut dijalankan di beberapa lokasi iaitu Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) DUKE dan lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). 

Menurut beliau, sebanyak 750 jumlah saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 38 buah motosikal tdisita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Dalam operasi itu, kita melakukan tangkapan terhadap 13 lelaki berusia lingkungan 29 hingga 62 tahun di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. 

“Turut ditahan, 10 lelaki termasuk dua warga asing berusia antara 21 hingga 49 tahun didapati mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram serta merampas wang tunai yang diambil dari pemandu-pemandu secara paksaan. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 50(3) APJ 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut Sarifudin, kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan dituduh di bawah seksyen sama. 

Menurutnya, JSPT turut menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 kerana menghalang tugas penjawat awam dan kesalahan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu pelanggaran Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen iaitu tiada pas atau permit yang sah. 

“Tangkapan telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan.

“JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkat operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” ujar beliau. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT), Jalan Tun H.S Lee di talian 03- 2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya