2,200 terima bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat

2,200 terima bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat

SEBAHAGIAN murid sekolah rendah dan menengah dari Gombak dan Damansara yang menerima bantuan persekolahan daripada Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Megat Zulkarnain Omardin baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 2,200 murid sekolah rendah dan pelajar menengah di sekitar Gombak dan Damansara menerima bantuan Yayasan Bank Rakyat bernilai RM220,000 sempena pembukaan semula sesi persekolahan.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Megat Zulkarnain Omardin berharap sumbangan itu dapat membantu keluarga B40 bagi meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan dari segi pembelian set baju, kasut dan stoking atau beg sekolah mengikut kesesuaian masing-masing.

“Bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa atau penjaga dalam membuat persiapan awal untuk anak-anak bagi memulakan sesi akademik persekolahan.

“Bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas yayasan dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan,” katanya dalam kenyataan.

Setakat ini, seramai 66,399 murid  menerima manfaat melalui bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM7.87 juta sejak 2018.

Bagi tahun 2022, sejumlah RM3 juta diperuntukkan dalam program bantuan persekolahan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya