2 nelayan selamat, seorang dikhuatiri lemas bot karam

2 nelayan selamat, seorang dikhuatiri lemas bot karam

DUA nelayan selamat selepas bot yang dinaiki tenggelam ketika angin kuat dalam kejadian di perairan Pulau Kendi, Pulau Pinang, awal pagi ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Dua nelayan selamat manakala seorang lagi dikhuatiri lemas selepas bot  dinaiki mereka tenggelam akibat dipukul angin kuat di perairan Pulau Kendi dekat sini, pagi ini.

Mangsa warga tempatan, Tan Soon Gin, 36, dan Pai San Chu Kaw, 40-an, warga Thailand diselamatkan nelayan pantai selepas beberapa jam kejadian berlaku antara pukul 5 hingga 6 pagi ini.

Seorang lagi awak-awak yang juga warga Thailand sehingga kini dilaporkan hilang di laut.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Mohd. Awis Kharni Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pukul 8.15 pagi dan segera ke Jeti Nelayan Batu Maung.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi berkenaan, didapati kedua-dua mangsa yang terselamat  berada dalam keadaan stabil meskipun salah seorang daripadanya dilaporkan trauma.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika angin kuat awal pagi tadi dan ketiga-tiga mangsa semasa itu sedang menangkap ikan di lokasi berkenaan.

“Bot nelayan yang dinaiki mereka dilaporkan tenggelam dari bahagian hadapan dan dua mangsa yang terselamat sempat memakai jaket keselamatan manakala seorang awak-awak terjatuh ke laut dan dibawa arus.

“Dua mangsa tersebut bagaimanapun ditemukan nelayan pantai yang berada di lokasi kejadian dan dibawa ke jeti Batu Maung,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi yang hilang sedang dijalankan dan keadaan laut ketika ini agak bergelora.

Katanya, operasi itu turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN