13 termasuk enam wanita ditahan terlibat pelacuran 

Polis tahan 13 termasuk enam wanita warga Vietnam terlibat pelacuran 

SERAMAI 13 individu termasuk enam wanita ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan pelacuran di sebuah premis di ibu negara, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 13 individu ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan pelacuran di sebuah premis di ibu negara, semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan itu, mereka ditahan terdiri tujuh lelaki serta enam wanita.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, premis itu dipercayai dijadikan sebagai pusat pelacuran wanita warga asing.

“Dalam serbuan itu, kami menahan enam lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia selain enam wanita warga Vietnam berusia 20-an hingga 50-an.

“Kami turut merampas 130 kondom, satu pelincir, satu tuala, dua tisu basah, satu fail jadual kerja, satu fail cuci rambut, dua telefon bimbit dan wang tunai RM340,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata beliau, kesemua tangkapan itu dibuat mengikut Seksyen 373 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

“Orang ramai yang mahu menyalurkan maklumat berkaitan perilaku jenayah di sekitar ibu negara boleh berbuat demikian menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Polis Kuala Lumpur amat menghargai sebarang bentuk maklumat perilaku jenayah daripada orang ramai demi kesejahteraan masyarakat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN