JOHOR BAHRU: Pengundi tidak perlu risau untuk keluar menunaikan tanggungjawab esok kerana keselamatan mereka dijamin Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hampir 11,000 pegawai dan anggota polis digerakkan untuk memantau kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Johor. Katanya, persediaan PDRM sentiasa berada pada tahap siap siaga bagi memastikan segala proses bermula hari penamaan calon, kempen dan hari mengundi sebenar berjalan lancar. “Pasukan Cantas Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) turut digerakkan bagi memastikan anasir-anasir yang boleh menyebabkan kacau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya