Tun M beri tekanan agar bagi projek pada kroninya - Najib

Tun M beri tekanan agar bagi projek pada kroninya – Najib

NAJIB TUN RAZAK dan DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi tekanan kepada beliau agar memberikan projek kepada kroninya  sewaktu menjawat jawatan nombor satu itu.

Najib berkata, ini terbukti semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun  2013 apabila Dr. Mahathir membuat keputusan mengejut meletak jawatan sebagai penasihat Petronas kerana terlalu tua.

“Tapi tak sampai tiga bulan kemudian, dia tiba-tiba dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Proton yang sudah menjadi syarikat swasta dan bukan lagi milik kerajaan setelah Dr. Mahathir minta Khazanah jual kepentingan saham dalam Proton sepenuhya pada tahun 2011.

“Dan antara tugas utama dia sebagai pengerusi eksekutif Proton adalah untuk meminta geran percuma RM3 bilion untuk Proton dari kerajaan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini Dr. Mahathir berkata, beliau akan terus meratib nama Najib atau sesiapa sahaja yang cuba untuk merosakkan negara dan menipu rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu ketujuh berkata demikian dalam surat kedua beliau kepada pengundi Johor baru-baru ini.

Tambah Najib,  pada masa itu  sukar untuk Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi geran percuma begitu besar kepada sebuah syarikat yang sudah pun 100 peratus  milik swasta.

“Lagipun, pendapat kita ialah jikapun kita memberi geran begitu besar itu ia masih sukar untuk Proton menjadi kompetitif tanpa rakan niaga dan teknologi baru kerana pasaran tempatan terlalu kecil,” jelasnya.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN