Srikandi Bersatu Maran terkubur - Utusan Malaysia

Srikandi Bersatu Maran terkubur

WAN ROSDY Wan Ismail (depan, dua dsri kanan) menerima borang keahlian UMNO dari Siti Nora Mohamad Noor di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Maran terkubur apabila ketuanya bersama 32 ahli keluar parti itu serta-merta dan menyertai UMNO. 

Bekas Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Maran, Siti Nora Mohamad Noor berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan Bersatu di peringkat bahagian, negeri dan pusat.

“Kami memilih menyertai UMNO kerana hanya parti itu  sentiasa di landasan tepat dalam menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara,” kata beliau selepas Majlis Penyerahan Borang UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang di sini hari ini.

Menurut beliau, lebih 100 lagi ahli Bersatu Maran dijangka mengikut jejak sama dan menyertai UMNO dalam masa terdekat.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, pihaknya berbesar hati dan menghormati keputusan mereka untuk menyertai UMNO dengan kerelaan sendiri tanpa campur tangan pihak lain.

“Ini bukan kali pertama ahli Bersatu keluar parti dan menyertai UMNO, sebelum ini Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (bekas Ketua Bahagian Bersatu Temerloh) turut meletak jawatan daripada Bersatu serta-merta dan mengumumkan kembali ke pangkuan UMNO. 

“Selepas itu Datuk Wan Abu Bakar Wan Mohamad (bekas Ketua Bersatu Bahagian Pekan) juga mengumumkan kembali kepada UMNO,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.