Seleweng duit sawit, penyelia Rancangan Felda direman  - Utusan Malaysia

Seleweng duit sawit, penyelia Rancangan Felda direman 

SEORANG Penyelia Rancangan Tanah Felda ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menyalahguna kedudukannya untuk mendapatkan bayaran hasil kelapa sawit milik peneroka berjumlah hampir RM70,000 pada tahun 2020.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang Penyelia Rancangan Tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) direman tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan  salah guna kedudukan untuk mendapatkan bayaran hasil kelapa sawit milik peneroka berjumlah hampir RM70,000 pada tahun 2020.

Perintah  reman dikeluarkan Majistret, Mohd. Firdaus Saleh mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah di Mahkamah Majistret Jenayah 1 di sini bermula hari ini hingga 15 Februari depan 

Permohonan reman ke atas lelaki berusia 36 tahun dilakukan Pegawai Penyiasat SPRM, Penolong Penguasa Mohd. Shahrul Nizam Mohd. Mokhtar.

Terdahulu, lelaki itu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada pukul 9.20 pagi dengan diiringi pegawai SPRM dan memakai baju lokap berwarna jingga. 

Menurut sumber, lelaki tersebut ditahan pada pukul 2 petang semalam di pejabat Felda di Jempol.

Difahamkan, pada September dan Oktober 2020, lelaki  yang merupakan Pegawai Pembayar di sebuah kawasan Felda di negeri ini disyaki telah menyalahguna kedudukannya. 

Dia disyaki mendapatkan bayaran hasil kelapa sawit berjumlah RM69,137.32 bagi bulan September 2020 untuk dirinya sedangkan wang tersebut perlu dibayar kepada peneroka Felda di daerah Jelebu.

Individu itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya