Satelit kesan tapak buang sampah haram - Utusan Malaysia

Satelit kesan tapak buang sampah haram

NG Sze Han (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada peserta yang memenangi Anugerah Klang Sejahtera Kearah Pembangunan Mampan MPK 2021 di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi mengenal pasti lokasi tapak pembuangan sampah haram di negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Selangor, Ng Sze Han berkata, agensi berkenaan boleh membekalkan gambar cerapan lokasi kawasan tapak pembuangan sampah haram daripada satelit mereka kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan. 

“Selain itu, kita akan menggunakan gambar untuk mengenal pasti lokasi sesebuah kawasan yang berpotensi menjadi tapak pembuangan sampah haram. 

“Dengan ada teknologi ini, kita dapat mengurangkan serta membendung lebih banyak kawasan buang sampah haram di negeri ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan Klang sejahtera di Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini, hari ini. 

Menurutnya, beliau bersama semua datuk bandar dan wakil PBT daripada seluruh Selangor telah berjumpa dengan wakil MYSA dalam satu mesyuarat minggu lalu. 

Kata Sze Han, MYSA tidak mengenakan sebarang pembayaran kepada kerajaan negeri bagi mendapatkan gambar cerapan itu, sekali gus dapat menjimatkan kantung kewangan kerajaan negeri. 

“Dianggarkan 1,400 lokasi yang sudah dan berpotensi menjadi tapak buang sampah haram di Selangor yang kita sudah kenal pasti dan semua PBT berusaha untuk kurangkan jumlah ini, ” jelasnya. 

Beliau berkata, beberapa pihak syarikat tidak bertanggungjawab yang menjadikan sesebuah lokasi sebagai tempat pembuangan sampah haram. 

Ini kerana menurutnya, pihaknya menemui banyak sampah daripada pihak industri yang dibuang di tapak terbabit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya