Rugi RM500 juta setahun akibat 'Bitcoin'  - Utusan Malaysia

Rugi RM500 juta setahun akibat ‘Bitcoin’ 

SEBAHAGIAN barang kes yang digunakan untuk melombong ‘Bitcoin’ yang dirampas dilupus menggunakan jentera penggelek di Rompin, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kerajaan mengalami kerugian antara RM400 juta hingga RM500 juta setahun ekoran kes kecurian bekalan elektrik yang dilakukan dalam menjana aktiviti melombong mata wang kripto ‘Bitcoin’. 

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, aktiviti melombong Bitcoin bukan satu kesalahan sekiranya individu atau syarikat berminat melakukannya.

“Namun mereka perlu mengemukakan permohonan kepada TNB dan dikenakan kadar tarif elektrik komersial untuk aktiviti berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar pelupusan barang kes kecurian elektrik TNB (bitcoin), di sini hari ini. 

Yang hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan dan Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohammad Yoosuf.

Sementara itu, Abd. Jalil berkata, pada 2021, 520 tangkapan berhubung jenayah ‘Bitcoin’ dilakukan melibatkan nilai rampasan RM54 juta berbanding tahun sebelumnya 26 tangkapan dengan nilai rampasan RM1.3 juta.

Menurutnya, empat buah negeri direkodkan mempunyai kes tertinggi dalam aktiviti tersebut iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang. 

“Negeri tersebut mempunyai banyak kawasan perindustrian dan bangunan rumah kedai terbengkalai yang boleh mengaburi mata masyarakat dalam menyembunyikan aktiviti tersebut. 

“Bagi memastikan tugas penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, polis dengan kerjasama unit ‘Special Engagement Against Losses’ atau SEAL daripada TNB giat melakukan pemantauan di lokasi yang disyaki.

“Mana-mana pihak yang merancang atau bercadang untuk terbabit dengan menggunakan arus elektrik secara haram, kami terus memburu kamu sehingga ke lubang cacing kerana aktiviti ini mengakibatkan kerugian besar kepada negara,” katanya. 

Mengulas lanjut, Abd. Jalil berkata, sebanyak 10 daripada 20 kertas siasatan yang dibuka tahun lalu sudah dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA). 

“Individu yang terbabit dalam aktiviti itu juga boleh disiasat dan dikenakan tindakan menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Sebelum ini mereka yang ditahan terbabit dalam aktiviti ini (melombong Bitcoin secara haram) akan didakwa mengikut Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990, tetapi selepas ini kita akan gunakan Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman lebih berat termasuk penjara atau denda sehingga RM1 juta,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya