PETALING JAYA: Tindakan Wisma Putra yang tidak mengarahkan rakyat Malaysia untuk keluar dari Ukraine sebaliknya terus memantau perkembangan konflik negara itu dengan Rusia menimbulkan seribu satu persoalan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pensyarah undang-undang laut antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Hazmi Mohd. Rusli berpendapat, Malaysia seharusnya mengambil langkah awal dengan membawa keluar rakyat dari Ukraine sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. “Langkah terbaik untuk menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat…