PRN Johor : Wartawan dikompaun RM1,000 di PPC DUN Larkin

PRN Johor : Wartawan dikompaun RM1,000 di PPC DUN Larkin

WAN Kian Yong menunjukkan kompaun yang diterimanya di PPC Dewan Serbaguna JKR, Larkin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily, Wan Kian Yong dikompaun di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin di sini pagi ini.

Kian Yong berkata, dia menerima kompaun sebanyak RM1,000 selepas dikatakan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di sini.

Walhal katanya, dia hanya melakukan kerjanya sebagai pemberita.

“Saya terperanjat apabila pegawai kesihatan panggil saya dan beritahu saya sudah langgar SOP.

“Saya cuba jelaskan perkara sebenar yang itu hanya tugasan kerja.

“Namun, mereka beritahu yang itu juga adalah kerja mereka,” katanya di sini.

Terdahulu, bagi DUN Larkin,  proses penamaan calon masih lagi berlangsung di Dewan Serbaguna JKR, Larkin sejak pukul 8 pagi ini.
UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN