PRN Johor: Enam penjuru di Kempas?

PRN Johor: Enam penjuru di DUN Kempas?

CALON bebas, Mohd. Hambali Munadi mengimbas kod QR sebelum memasuki pusat penamaan calon di Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dijangka menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan kehadiran dua calon bebas ke pusat penamaan calon bagi kawasan itu.

Seorang guru matematik, Mohd. Azwan Abd. Rahman, 40, tiba pada pukul 8.15 pagi sebagai calon bebas ke Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas, di sini.

Kemudian, seorang bekas ketua kampung di Kempas, Mohd. Hambali Munadi, 61, pula tiba 15 minit kemudian ke dewan berkenaan untuk menyerahkan borang pencalonan.

Terdahulu, calon Perikatan Nasional (PN), Nur Faizal Abdullah, 49, tiba paling awal ke pusat penamaan calon berkenaan iaitu kira-kira pukul 8 pagi.

Pada pukul 8.40 pagi, calon Barisan Nasional (BN) iaitu Timbalan Ketua UMNO Pulai, Datuk Ramli bohani tiba bersama pencadang dan penyokongnya.

Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan mewakili Pakatan Harapan (PH) tiba pada pukul 9 pagi sebaik kaunter penyerahan borang penamaan calon dibuka.

Anak kepada bekas Menteri Besar Johor, Nornekman Osman yang merupakan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tiba lima minit kemudian sebagai calon terakhir. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya