PM mahu radio terus sebarkan informasi terkini - Utusan Malaysia

PM mahu radio terus sebarkan informasi terkini

Hari Radio Sedunia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, radio bukan sahaja gaya hidup, tetapi keperluan seharian yang  penting dalam kehidupan masa kini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia  antara negara kolonial British terawal menggunakan teknologi radio.

Malah, kata beliau, pada pra dan pasca merdeka juga, radio menjadi medium penting untuk rakyat mendapatkan maklumat semasa pada masa itu.

“Melalui radio jua kita mengumpulkan semangat-semangat pejuang dalam mempertahankan tanah air.

“Kini, radio menjadi nadi aspirasi di kala pagi, peneman di kala tengah hari dan hiburan di kala petang, saat Keluarga Malaysia memandu pulang, radio juga menjadi rakan yang akrab disisi,” katanya menerusi facebook beliau hari ini.

Sempena sambutan Hari Radio Sedunia bagi tahun 2022 bertemakan Radio dan Keyakinan, Perdana Menteri mahu platform media itu dapat terus menyebarkan informasi terkini kerana fungsi radio terus relevan sampai bila-bila.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN