PM ajak hadir Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia esok

PM ajak hadir Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia esok

poster Keluarga Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak semua rakyat di seluruh negara untuk sama-sama menghadiri Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang diadakan pada hari esok. 

Beliau berkata, karnival yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 5 petang.

“Esok, ada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

“Bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. Ada lebih 12,000 peluang pekerjaan. Saya juga akan hadir ke sana,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini. 

Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia yang pernah berlangsung sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Disember lepas berjaya menawarkan pekerjaan kepada 233 individu manakala 1,259 orang lagi, layak ke proses temu duga peringkat kedua. 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam satu kenyataan 12 Disember lalu menyifatkan seramai 6,500 pencari kerja dari pelbagai golongan termasuk graduan dan orang kurang upaya (OKU) telah mendaftarkan diri sepanjang karnival tiga hari itu. 

Kerajaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia atau Jamin Kerja menjamin penyediaan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya