PH Kedah 'tunggu dan lihat' tarik sokongan terhadap Sanusi

PH Kedah ‘tunggu dan lihat’ tarik sokongan terhadap Sanusi

ANWAR Ibrahim (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan pokok kelapa pandan kepada penduduk pada majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling 1974 di Kampung Lalang, Baling, Kedah, hari ini. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Pakatan Harapan (PH) Kedah mengambil pendirian ‘tunggu dan lihat’ berhubung isu beberapa Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kedah yang didakwa akan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, pendirian itu diambil memandangkan seramai 11 ADUN daripada PH belum dipanggil oleh ADUN UMNO untuk berbincang mengenai tindakan tersebut.

“Belum didengar lagi ADUN  Barisan Nasional (BN) ajak (PH) berbincang (tarik sokongan terhadap Sanusi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling 1974 di Kampung Lalang di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO di negeri ini kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Pas.

ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd. Noor berkata, pada masa ini, tiada ADUN daripada UMNO yang akan menarik sokongan terhadap kepimpinan kerajaan negeri seperti yang dihebohkan pihak tertentu di media sosial.

Dalam pada itu, beliau menambah, PH Kedah juga telah membuat persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di negeri ini.

Jelasnya, pada masa ini, pihaknya juga dalam peringkat dalam menyediakan manifesto PH Kedah yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Alhamdulillah (persiapan PH Kedah) bergerak maju, Datuk Phahrolrazi (sebagai) Ketua Pembangkang (DUN Kedah) juga menyatakan persiapan itu (ditingkatkan) dari semasa ke semasa (dan) sudah hampir menyediakan manifesto yang mana kita akan lancarkan tidak lama lagi,” ujarnya.

Mengulas mengenai kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di negeri itu, Johari memaklumkan pihaknya turut mengambil pendekatan tunggu dan lihat memandangkan masih belum ada sebarang pertemuan dengan pimpinan parti berkenaan dalam membincangkan mengenai perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya