Perkukuh ekonomi wanita, kukuh institusi keluarga

Perkukuh ekonomi wanita, kukuh institusi keluarga

RINA Harun (kanan) beramah mesra dengan salah seorang usahawan dalam Program Keusahawanan Wanita Bangkit,di Hotel Trove, Johor Bahru, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengukuhan ekonomi dalam kalangan wanita bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara sebaliknya turut mengukuhkan sesebuah institusi kekeluargaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, ini kerana faktor kewangan adalah antara faktor utama yang menyebabkan keruntuhan sesebuah keluarga.

Sehubungan itu, katanya, wanita memainkan peranan penting bukan sekadar sebagai suri rumah tetapi turut membantu ekonomi keluarga.

“Kalau kita lihat, banyak kes seperti keganasan rumah tangga, penceraian berlaku dan apabila kita semak, kebanyakan daripada isu ini berpunca akibat masalah ekonomi keluarga berkenaan.

“Dalam tempoh pandemik ini, ramai pihak kehilangan pekerjaan, kehilangan pendapatan namun kehidupan tetap perlu diteruskan dan anak-anak tetap perlu diberi makan, bayaran rumah dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Program Keusahawanan Wanita Bangkit, di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Rina, kementerian beliau mahu membantu seramai mungkin golongan wanita menjana pendapatan sama ada secara mencari pekerjaan atau menceburi bidang perniagaan.

“Bantuan diberi bukan sahaja melalui pelbagai platform disediakan kerajaan sebelum ini tetapi juga bantuan dan peluang bekerja atau berniaga,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memberitahu, inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM membantu seramai 5,135 orang wanita, dengan 4,541 telah memulakan perniagaan kecil-kecilan selain 594 wanita telah ditawar pekerjaan dalam sektor formal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN