Penonton boleh saksikan badminton di skrin gergasi

Penonton boleh saksikan badminton di skrin gergasi

AKSI Lee Zii Jia ketika menentang pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin pada separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, harı ini. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lima skrin gergasi akan disediakan di luar Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini bagi memudahkan peminat menonton perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan, Mohd. Khairuddin Othman, inisiatif tersebut dibuat berikutan jumlah penonton dibenarkan ke gelanggang dihadkan kepada 200 orang bagi setiap perlawanan.

“Kita terima permintaan menggalakkan malah ada penonton yang sanggup menunggu di luar SCCC bagi menggantikan kekosongan kerusi. Walau bagaimanapun pemasangan skrin tersebut bergantung keadaan cuaca,” katanya.

Mohd. Khairuddin yang juga Exco Pembangunan Sukan dan Generasi Muda berkata, bilangan kerusi akan ditambah kepada 800 jika skuad negara layak ke perlawanan akhir esok untuk menentang Indonesia.

Bagi kategori lelaki, pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong serta skuad bergu Aaron Chia dan Sooh Wooi Yik berjaya mara ke peringkat akhir selepas menewaskan pasukan Korea Selatan.

Bagaimanapun, pemain perseorangan wanita, Kisona Selvaduray dan Siti Nurshuhaini serta skuad bergu Valeree Siow dan Tan Pearly tewas gagal mara selepas tewas dengan pasukan Korea Selatan, pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN