Johor Bahru: Pengumuman rasmi 56 calon Barisan Nasional (BN) di sini yang dijadualkan 10 pagi ini belum berlangsung, dipercayai masih dalam peringkat rundingan saat-saat akhir dengan MCA.
Difahamkan, MCA tetap mendesak supaya parti itu diberi 15 kerusi, kurang satu kerusi iaitu 14 kerusi yang diperuntukkan UMNO.
Pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU114), MCA kalah di kesemua 15 kerusi negeri yang ditandingi di Johor. – UTUSAN