BETONG: Penduduk luar bandar di Sarawak digesa agar mengelak daripada memburu babi hutan buat masa ini bagi membantu dalam membendung penularan Demam Babi Afrika (ASF).
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, walaupun daging haiwan terbabit selamat untuk dimakan, sisa dapur jika diberi kepada babi ternakan akan menjejaskannya.
“Kami telah melihat kesan maut (babi ternakan) di banyak tempat dan di rumah panjang di seluruh negeri.
“Penyakit ini telah banyak mengurangkan populasi babi domestik,” kata beliau.
Menurut beliau , babi hutan yang melintasi negeri ini dari seberang sempadan didapati menular ASF di Kapit dan Limbang.
Douglas memberi nasihat itu ketika merasmikan mesyuarat perwakilan tiga tahun sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kubal Ulu di Rh.Mendit Unsu di Penom, Ulu Paku di Spaoh dekat sini hari ini.
Beliau meminta penternak babi perlu mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan ternakan masing-masing serta berkomunikasi dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mendapatkan nasihat.
Sementara itu, menyentuh politik, Douglas menggesa ahli parti mengambil langkah perlu bagi memperkasakan lagi PBB.
Beliau menggesa mereka membantu menarik lebih ramai belia berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi ahli.
Selain itu, ujarnya semua pemimpin akar umbi tidak perlu segan silu memberi maklum balas kepada wakil rakyat mereka mengenai harapan rakyat terhadap program pembangunan dan bantuan kebajikan.
“Kami memerlukan maklum balas ini untuk dibentangkan kepada pemimpin negeri.
“Kerajaan kini mengutamakan aktiviti menjana pendapatan penduduk luar bandar melalui aktiviti pertanian.
“Kerajaan juga mempunyai program untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan kebajikan,” katanya.
Mengenai perkara lain beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi kawasan Bukit Saban kerana memberikan sokongan padu mereka kepada beliau ada pilihan raya negeri baru-baru ini.
Beliau berkata pembangkang cuba menjatuhkannya dengan menyebarkan pembohongan, menggunakan taktik pembunuhan karakter dan dakwaan nepotisme dan juga pembelian undi.
Tetapi pengundi, katanya tidak mudah diterima kerana mereka boleh membezakan fakta dengan pembohongan.
Mereka juga, menurut beliau tahu siapa yang benar-benar boleh membantu dan membimbing mereka ke arah masa depan yang lebih baik. UTUSAN










