Pembelot UMNO kitar skrip mahu selamatkan parti

Pembelot UMNO kitar skrip mahu selamatkan parti

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan drama pembelot UMNO tiba-tiba enggan mengaku mengkhianati parti walaupun berkomplot dengan musuh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembelot itu dilihat mengitar semula skrip PRU-14 konon mereka mahu menyelamatkan UMNO dengan dengan harapan akan ada penyokong parti termasuk perangkap sama untuk kali kedua.

“Kali ini mereka silap kerana selepas apa penyokong UMNO terbabit saksikan selepas 9 Mei 2018, mereka kembali meyakini BN satu-satunya gabungan politik yang benar dan berwibawa.

“Maka seluruh ahli UMNO ingatilah peribahasa pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk dan mereka sedang memasang jerat sekali lagi,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyentuh kisah segelintir penyokong UMNO yang diperdaya oleh pembelot perjuangan parti pada PRU-14 sebagai satu pengalaman memang pahit untuk ditelan.

Katanya, mereka bukan sahaja terpengaruh dengan dakyah dilemparkan oleh pembelot UMNO yang bersekongkol dengan musuh untuk menjatuhkan parti, namun terpesona janji bulan bintang menawarkan lebih kesenangan andai musuh diberi undi dalam PRU-14.

“Mereka terperangkap dengan naratif palsu pembelot UMNO konon mereka mahu mengalahkan UMNO adalah untuk selamatkan UMNO. 

“Namun penyokong UMNO terbabit menyaksikan sendiri apa yang dilakukan oleh musuh dan si pembelot terhadap UMNO sejurus memegang kuasa,” katanya.

Ahmad Zahid menambah, tindakan itu disifatkan satu penghinaan ke atas UMNO dan penyokongnya selepas berjaya memperdayakan segelintir pihak untuk membantu kemenangan musuh.

Malah katanya lagi, Presiden UMNO didesak supaya membubarkan parti, manakala pemimpin yang enggan berpaling tadah serta akur kepada ugutan dan tawaran diasak dan ditekan. 

“Tidak cukup dengan itu mereka mengambil tindakan perundangan dalam usaha untuk mengisytiharkan UMNO sebagai parti yang tidak sah,” jelas Ahmad Zahid. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN