Pas parti tak tahu apa-apa, kurang cerdik - Utusan Malaysia

Pas parti tak tahu apa-apa, kurang cerdik

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyelar tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai salah satu ciptaan DAP.

Beliau berkata, tindakan tersebut merupakan satu taktik lama dalam menakutkan orang Melayu terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Sudah dua tahun sejak Pas masuk Putrajaya (menjadi kerajaan) melalui Langkah Sheraton, tapi masih guna kad yang sama untuk takutkan orang Melayu (iaitu) semua salah DAP.

“Pas parti yang tiada idea baharu dan langsung tiada idea tentang tadbir urus. Pas (parti) yang tidak tahu apa-apa dan kurang cerdik,” katanya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan Abdul Hadi yang menyifatkan parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ciptaan DAP yang bertujuan untuk mengumpan belia Melayu.

Ahli Parlimen Marang itu menyamakan Muda seperti Parti Amanah Negara (Amanah) yang merupakan parti didakwanya ditubuhkan DAP daripada serpihan Pas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya