Minat gadis sama, pelajar retak kepala dipukul senior - Utusan Malaysia

Minat gadis sama, pelajar retak kepala dipukul senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pelajar lelaki retak tempurung kepala selepas dipukul senior, gara-gara dikatakan meminati pelajar perempuan sama di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian didakwa berlaku pukul 11.15 pagi ketika mangsa, pelajar tingkatan empat berada di luar kelas.

Menurut beliau, mangsa didatangi lima pelajar tingkatan lima yang terus  memukul bahagian badan mangsa secara beramai-ramai.

“Salah seorang suspek memukul kepala mangsa menggunakan batu sehingga menyebabkan bahagian kiri tempurung kepalanya retak. Pergaduhan itu dileraikan oleh pengawas yang lalu di situ. 

“Selain cedera di kepala, mangsa turut bengkak di beberapa bahagian anggota badan seperti tangan kanan dan kiri, belakang badan dan lenguh di kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 Choon Foo memberitahu, mangsa telah menerima rawatan di Hospital Gua Musang dan dimasukkan ke dalam wad satu hari untuk menjalani rawatan susulan.

Jelasnya, punca kejadian dipercayai akibat rasa tidak puas hati suspek kerana mereka meminati pelajar perempuan yang sama.

“Semua pelajar senior yang didakwa memukul mangsa sudah diambil keterangan oleh polis.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya