Cuaca buruk diramal berterusan di Perak, Kelantan, Terengganu - Utusan Malaysia

Cuaca buruk diramal berterusan di Perak, Kelantan, Terengganu

MetMalaysia meramalkan cuaca buruk akan terus berlaku di lima negeri.- UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi Perak, Kelantan dan Terengganu.

Menerusi ciapan di akaun rasminya di semua laman sosial, MetMalaysia menjelaskan cuaca buruk dijangka melanda lima negeri iaitu di daerah Hulu Perak, Perak; daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang diTerengganu.

MetMalaysia, juga meramalkan hujan berterusan berlaku di Perlis; Kedah; Pulau Pinang; daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar; serta daerah Dungun dan Kemaman, Terengganu.

Sehingga semalam, seramai 6,327 mangsa ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN