JOHOR BAHRU: MCA dipercayai menuntut parti itu diperuntukkan kerusi majoriti Melayu boleh menang, sehingga dikatakan punca kelewatan pengumuman rasmi calon Barisan Nasional (BN) pagi ini.
Sumber memberitahu Utusan Malaysia, rundingan antara parti itu dengan BN berlangsung sejak pukul 2 pagi ini, namun dipercayai belum mencapai kata sepakat.
Ketibaan lewat Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong di Dewan Badan Perhubungan UMNo Negeri menguatkan lagi dakwaan itu.
Ketika ini pukul 11.20 pagi, Ka Siong dan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sedang memasuki Dewan untuk mengumumkan senarai calon rasmi BN.
– UTUSAN