KUIPs terima sumbangan wakaf ilmu RM200,000

KUIPs terima sumbangan wakaf ilmu RM200,000

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (dua dari kanan) berkenan menyaksikan penyampaian sumbangan wakaf ilmu daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia kepada KUIPs di Masjid Long Boh, Simpang Empat, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menerima RM200,000 daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia iaitu berupa sumbangan wakaf ilmu yang merupakan inisiatif kolej universiti tersebut bagi mengumpulkan dana penyelidikan dan biasiswa pelajar.

Inisiatif tersebut adalah melalui endowmen dengan kerjasama pihak  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Penyerahan tersebut disampaikan kepada Rektor KUIPs, Dr. Rozaimi Ramle daripada Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr. Muhammad Azhar Zailaini sambil disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor KUIPs.

Sementara itu, Rozaimi berharap sumbangan wakaf ilmu itu berkekalan pahalanya buat Pertubuhan IKRAM Malaysia. 

“Terima kasih kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia atas sumbangan ini.  Sesiapa yang ingin menyumbang untuk wakaf ilmu boleh terus menyumbang ke akaun RHB Islamic Bank KUIPs iaitu 25901800007531,” katanya dalam satu majlis di Masjid Long Boh, Simpang Empat di sini hari ini.

Pada majlis sama, Pertubuhan IKRAM Malaysia turut menyumbangkan RM100,000 kepada MAIPs untuk Rumah Perlindungan MAIPs yang diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs,Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir ke program yang disekalikan dengan Program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan ke-14 bagi tahun 2022 itu ialah Ahli Jawatankuasa Pertubuhan IKRAM Malaysia terdiri daripada Fakhrudin Abd Karim; Ariffin Abd Manaf; Ahmad Bukhari Ashaari; Adnan Ahmad dan Abdul Razak Osman Narintal.

Muhammad Azhar pula berkata, diharapkan sumbangan tersebut dimanfaatkan sebagai tambahan untuk KUIPs mengembangkan lagi konsep wakaf.

Katanya, hal demikian kerana telah terbukti bahawa kebanyakan universiti Islam besar di dunia ini juga membangun atau berkembang dengan sumber wakaf.

Beliau juga memuji inisiatif program MAIPs Peduli yang sangat hebat diketuai sendiri oleh Tuanku Syed Faizuddin dalam menyantuni rakyat.

Sementara itu, baginda juga berkenan singgah dan merasmikan sebuah projek usahawan iaitu berupa gerai bihun sup dan burger milik Zulkiflie Che Mat yang menerima peruntukan sumbangan sosio-ekonomi asnaf bernilai RM800 daripada MAIPs melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM).

Dalam pada itu, baginda turut berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada empat buah keluarga asnaf terpilih di situ.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya