Kerajaan terus import ayam sejuk beku

Kerajaan terus import ayam sejuk beku

AHMAD Hamzah (kanan) pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis serahan bekalan makanan haiwan di Zoo Melaka, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengeluaran Permit Import (AP) dan pengimportan ayam bulat sejuk beku akan diteruskan, meskipun kerajaan melaksanakan pemberian subsidi sebanyak RM0.60 sen sekilogram kepada penternak tempatan. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pengimportan bekalan ayam itu dilihat mampu membantu menurunkan lagi harga pasaran dengan kadar siling ditetapkan adalah RM8.90 sekilogram. 

Katanya, tindakan kerajaan meluluskan permohonan syarikat pasar raya untuk mengimport ayam bulat sejuk beku juga adalah keputusan yang tepat. 

“Kerajaan telah mengambil tindakan yang tepat memberi kelulusan kepada empat pasar raya untuk mengimport ayam bulat sejuk beku. Maknanya dia boleh import dan jual terus, saya rasa tindakan ini boleh menurunkan lagi harga runcit ayam kerana mereka tidak perlu melalui orang tengah lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis serahan bekalan makanan haiwan di Zoo Melaka di sini hari ini. 

Dalam pada itu, beliau turut mengesyorkan pengusaha ternakan ayam supaya tidak mengurangkan bekalan eksport bagi mengelakkan kerugian negara dalam jangka masa panjang. 

“Kita tidak mengesyorkan pengeluar menghentikan atau mengurangkan eksport kerana dalam jangka masa panjang ia akan merugikan negara. Kalau kita kurangkan, pengimport akan mencari sumber lain, kemasukan pasaran ini kita susah nak jaga, selain itu pengeksport juga telah menandatangani perjanjian jangka masa panjang. Ia tidak boleh sewenang menghentikan bekalan,” katanya. 

Tambahnya, bekalan ayam dalam negara juga mencukupi dengan kadar sara diri (SSL) berada pada tahap 104 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.