Kejayaan Hasni satu 'kegagalan' di mata Bersatu - Utusan Malaysia

Kejayaan Hasni satu ‘kegagalan’ di mata Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan keliru dengan kegagalan partinya sendiri ketika mentadbir negara kerana hanya fikir mahu memburuk-burukkan UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, kenyataan Wan Saiful bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad gagal tidak berasas sama sekali.

Katanya, mungkin pada penilaian Bersatu dan Wan Saiful bahawa kegagalan Hasni adalah kerana kejayaan beliau melaksana pelbagai program dan inisiatif bermanfaat untuk rakyat.  

“Sebagai Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni telah buktikan beliau ada visi dan strategi untuk membangunkan ekonomi bukan sahaja untuk Johor tetapi untuk Malaysia. Contohnya tahun lalu beliau bawa Projek Lembah Tenusu Jemaluang di Mersing yang akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap susu import yang bernilai RM3.9 juta bilion pada tahun 2019. Projek itu sekaligus dapat meningkatkan pengeluaran tempatan susu sebanyak 11 peratus iaitu anggaran 5.1 juta liter susu segar setiap tahun.

“Projek ini juga merupakan projek serampang dua mata iaitu dapat membangunkan ekonomi negara dan memperkukuh keselamatan makanan negara,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

SHAHRIL SUFIAN HAMDAN

Tambah Shahril, pihaknya bagaimanapun tidak mahu menyalahkan Wan Saiful kerana mempunyai pemahaman yang berbeza berhubung takrifan kejayaan dan kegagalan.

“Untuk orang muda, kita ada Young Drone Pilot Program, Johor Youngster Coding Program, Digital Johor Startup Grant. (Mungkin) Pada Wan Saiful, ‘berjaya’ itu apabila merangka dasar dan manifesto tapi tidak tunaikan. Begitulah antara ‘kegagalan’ Menteri Besar Johor, harapnya Wan Saiful bertenang kerana akhirnya yang akan menentukan sama ada Menteri Besar Johor berjaya atau tidak adalah pengundi.

“Lagipun, kalau bukan kerana Bersatu dan ugutan mereka, mungkin Menteri Besar tidak perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi demi kestabilan dan kemakmuran yang lestari, kita serahkan kembali mandat kepada rakyat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN