Kami masih cuba rundingan, jika tak berjaya tak apa - AJK Pusat Muda

Kami masih cuba rundingan, jika tak berjaya tak apa – AJK Pusat Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Dr. Mathen Nair memaklumkan, parti itu masih mencuba untuk berunding bersama PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor

Beliau berkata, ini berikutan rundingan adalah untuk mengelakkan pertindihan dan membawa kata sepakat. 

“Kami masih cuba (rundingan PKR), jika tak berjaya tak apa. Muda sebagai parti politik akan terus menjalankan kewajipan untuk bertanding. 

“Jika menang kita berkhidmat, jika kalah terus berkhidmat juga. Biar rakyat yang tentukan,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitter hari ini. 

PKR Johor sebelum ini menawarkan tiga kerusi kepada Muda untuk ditandingi  dan dalam masa sama mengadakan beberapa siri rundingan bagi menghadapi PRN itu. 

Bagaimanapun, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan bahawa rundingan pengagihan kerusi dengan PKR tamat tanpa persetujuan susulan langkah parti itu mengumumkan 20 calonnya secara bersendirian. 

Ahli Parlimen Muar itu juga membayangkan kemungkinan berlakunya risiko pertindihan kerusi di Johor antara dua parti itu. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya