Intan Ladyana selamat bersalin, Harris titip rasa syukur - Utusan Malaysia

Intan Ladyana selamat bersalin, Harris titip rasa syukur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, jam 11.40 malam semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya yang juga penyanyi, Harris Alif menerusi Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Harris meluahkan rasa kesyukuran apabila segala urusan bersalin berjalan lancar.

“Alhamdulillah, syukur Ya Allah. 11.40 pm. 31 Januari 2022,” tulisnya di Instastory.

Menerusi perkongsian sebelum ini, Harris sempat mengambil dan memuat naik sebuah foto bersama isterinya sebelum bersalin.

penyanyi itu juga sempat menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan isterinya bagi menyambut kelahiran bayi pertama mereka.

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan isteriku,” katanya.

Harris bagaimanapun masih tidak berkongsi jantina cahaya mata sulungnya untuk makluman umum.

Untuk rekod, pasangan dua sejoli itu diijabkabulkan pada tanggal 5 Februari tahub lalu di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya