Imbas suhu badan sebelum masuk sekolah tidak wajib - Utusan Malaysia

Imbas suhu badan sebelum masuk sekolah tidak wajib

Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong di Shah Alam, Selangor diperiksa suhu badan semasa hadir ke sekolah pada 20 Januari 2020.- UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke premis institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  tidak diwajibkan mulai esok.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu susulan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 8 Februari lalu berkaitan pemansuhan  prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk ke mana-mana premis.

Bagaimanapun, kata kementerian itu, semua  guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan mengimbas kod QR  melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis berkenaan.

“Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa atau penjaga dimohon untuk memastikan anak atau anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum hadir ke sekolah. 

“Murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif Covid-19 serta tinggal serumah  tidak dibenarkan hadir ke sekolah,” katanya hari ini.

KPM memaklumkan, tahap kesihatan murid semasa berada di sekolah akan dipantau secara  berterusan bagi memastikan murid yang bergejala diasingkan di bilik isolasi untuk tindakan selanjutnya. 

KPM juga menyarankan ketetapan ini  terpakai di semua  institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN