Hasni tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Benut

Hasni tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Benut

HASNI Mohammad bersama Ahmad Zahid Hamidi berjalan keluar dari Rumah UMNO menuju ke Dewan Serbaguna Benut di Pontian, Johor. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut tiba pada pukul 9 pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Benut, di sini, pagi ini.

Beliau yang berpakaian baju Melayu berwarna biru tiba bersama pencadang dan penyokongnya sebelum membuat imbasan kod QR MySejahtera yang disediakan Kementerian Kesihatan di premis itu.

Turut mengiringi beliau ke pusat penamaan calon berkenaan ialah Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hasni yang mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi DUN Benut bagi penggal keempat bermula pada tahun 2008, 2013 dan 2018.

Sebelum itu, calon Perikatan Nasional (PN) Senator Datuk Isa Abd. Hamid tiba pada pukul 8.15 pagi dengan memakai baju Melayu berwarna merah jambu ditemani oleh pencadang dan penyokongnya.

Ia diikuti oleh calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Iskandar Noor Ibrahim pada pukul 8.25 pagi dan seterusnya calon Pakatan Harapan (PH) diwakili Ketua Cabang PKR Pontian, Haniff@ Ghazali Hosman pada pukul 8.49 pagi.

Ketika ini sedang berlangsung proses menghantar borang pencalonan kepada Pengurus Pilihan Raya N53 DUN Benut, Mohd. Raffi Abdullah yang juga Pegawai Daerah Pontian.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya