Hadiah teristimewa, menjadikan ku seorang ibu… -Neelofa - Utusan Malaysia

Hadiah teristimewa, menjadikan ku seorang ibu… -Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Neelofa mencoretkan dedikasi istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33, hari ini.

Perkara tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara program MeleTop itu menerusi entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

Menurut Neelofa, anakanda sulungnya, Muhammad Bilal sepatutnya dilahirkan pada tanggal 10 Februari, bersamaan dengan tarikh lahirnya pada hari ini.

Neelofa juga menitipkan kesyukuran dengan hadiah teristimewa buat dirinya sebagai seorang ibu kepada Bilal, sempena ulang tahun kelahirannya.

“Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan ummi dia.

“Tetapi aturan dan waktu yang Allah susun itu lebih baik. Hadiah teristimewa buat ku, menjadikan ku seorang ibu,” coretnya di Instagram.

Dalam pada itu, dia memohon doa agar Bilal menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa menguatkan kasih sayang serta hubungan dengan yang Maha Esa.

“Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak yang soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah.

“Harta dunia dan akhirat abah dan ummi,” ujarnya lagi.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen dibanjiri pelbagai ucapan dan doa yang baik-baik buat pelakon drama Red Velvet itu.

“MasyaAllah, selamat hari lahir ummi Bilal. Semoga Allah makbulkan segala doa mu dan sentiasa dalam rahmat serta kasih sayang Allah,” komen seorang peminatnya.

“Selamat hari lahir, Muhammad Bilal hadiah terindah buat ummi dan abah. Alhamdulillah,” komen peminatnya yang lain.

“Selamat hari lahir ummi Bilal. Semoga terus cantik, sentiasa dalam lindungan serta rahmat Allah,” tulis lagi seorang pengguna.

Menjengah di entri Instagram keluarga terdekatnya, Neelofa turut menerima dedikasi ucapan manis dari adik beradiknya.

Untuk rekod, Neelofa dan suami tercinta, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada tanggal 29 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya