Dua lelaki curi minuman keras ditahan

Dua lelaki curi minuman keras ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki disyaki mencuri minuman keras di sebuah pasar raya di Pandan Indah, di sini, ditahan polis awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 4.05 pagi apabila anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berhampiran mendengar seorang wanita menjerit meminta tolong sambil mengejar dua lelaki.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, anggota tersebut segera memberi pertolongan sebelum berjaya menahan suspek.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas dua bungkusan mengandungi 12 tin minuman keras bernilai RM78 dipercayai dicuri dari pasar raya berkenaan.

“Kedua-dua lelaki berusia 28 dan 34 tahun yang bekerja sebagai kelindan lori dan pemandu e-hailing itu dibawa ke balai polis untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk Eshak berkata, semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Ujar beliau, kedua-dua tangkapan kini direman empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN