Dua hari hilang, remaja lelaki ditemukan lemas

Dua hari hilang, remaja lelaki ditemukan lemas

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat remaja lelaki yang ditemukan lemas di Kampung Pangi, Tenom hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Setelah dua hari tidak pulang ke rumah selepas keluar menjala ikan, remaja lelaki ditemukan lemas di Kampung Pangi, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Mohd. Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa hilang dikhuatiri lemas pada pukul 10.15 pagi tadi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Anggota bomba terpaksa menggunakan perkhidmatan keretapi berikutan kampung itu tiada akses jalan raya.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, difahamkan mangsa, Kriston Jukiring, 19, hilang sejak keluar menjala ikan pada Rabu.

“Pengadu memaklumkan mangsa ke rumahnya pada pukul 5 petang, Rabu bagi meminjam kayak untuk menjala ikan di Sungai Padas di kampung berkenaan.

“Namun, sehingga pagi ini mangsa belum pulang ke rumah. Usaha mencari mangsa yang dilakukan oleh orang kampung semalam tidak berjaya menemukan mangsa.

“Justeru itu, pengadu melaporkan kepada bomba bagi mendapatkan bantuan. Pihak bomba bersama agensi bantuan iaitu polis, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan orang kampung menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dengan kaedah mencari di permukaan air sepanjang tebing Sungai Padas.

“Pencarian mangsa dilakukan sejauh 10 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa berjaya ditemukan oleh orang kampung semasa pencarian bersama agensi penyelamat pada pukul 1.10 petang tadi dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa ke kawasan tebing sungai dan membawa mayat mangsa menaiki kereta api ke stesen Tenom untuk diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya