Dewan Ulama Pas desak pinda syarat pertukaran agama

Dewan Ulama Pas desak pinda syarat pertukaran agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Ulama Pas mendesak pihak berkuasa agama di setiap negeri meminda syarat pertukaran agama dengan keizinan ibu atau bapa dan bukan ibu dan bapa seperti di sesetengah negeri.

Katanya, ini bagi mengelakkan kes Loh Siew Hong dan tiga anaknya yang diislamkan bapanya tanpa keizinan ibunya daripada berlaku di masa akan datang.

“Dewan menggesa pindaan perlembagaan dalam jadual kesembilan senarai negeri untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah bidang kuasa melakukan semakan kehakiman berhubung kes berkaitan umat Islam khususnya berkaitan pertukaran agama agar tiada lagi konflik seperti ini berlaku di masa hadapan.

“Dewan mendesak pihak berkuasa agama di setiap negeri segera meminda syarat pertukaran agama dengan keizinan ibu atau bapa dan bukan ibu dan bapa seperti yang ada di sesetengah negeri,” katanya dalam kenyataan.

Dewan Ulama Pas juga menggesa agar pihak-pihak yang berkepentingan peribadi sama ada atas platform agama ataupun politik menghormati hak kanak-kanak tersebut memilih Islam sebagai agama anutan mereka.

Katanya, keputusan mereka perlu dibuat tanpa membuat sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang menghulurkan bantuan dan kebajikan kepada kanak-kanak tersebut dengan melemparkan tuduhan negatif bahawa wujud pemaksaan ke atas mereka agar memeluk Islam sedangkan pengislaman mereka dibuat dengan kerelaan dan persetujuan bapa kanak-kanak tersebut.

Pada masa sama, Dewan Ulama Pas mendesak kerajaan dan semua pihak agar memberi keutamaan kepada kemaslahatan tiga anak-anak Loh yang telah memilih Islam sebagai pegangan akidah mereka agar tidak diusik dan dipaksa untuk kembali murtad.

“Umat Islam telah lama bersabar dan kita tidak mahu keharmonian agama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan akan membakar sentimen dan kemarahan umat Islam. 

“Dewan mengesyorkan kepada kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Mediasi Agama bagi memastikan kebajikan anak yang dipelihara oleh ibu atau penjaga yang bukan Islam agar diberikan keutamaan dari sudut pemakanan, pendidikan sah yang lebih utama akidah mereka sentiasa dipelihara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya