Danny Chia rampas pendahulu, Shahrifuddin jatuh tangga ketiga

Danny Chia rampas kedudukan pertama, Shahrifuddin jatuh tangga ketiga

DANNY Chia membenam tiga birdie hari ini untuk mengungguli tangga pertama kejohanan golf merebut Trofi Tun Ahmad Sarji di Saujana Golf & Country Saujana, Shah Alam. - FOTO/IHSAN PGM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf tempatan, Danny Chia mengerah seluruh tenaganya untuk meraih kedudukan pertama biarpun hujan pada hari kedua Trofi Tun Ahmad Sarji di Saujana Golf & Country Saujana hari ini.

Chia berjaya mencatat pukulan tiga di bawah 69 untuk mendahului Shahrifuddin Ariffin yang kelihatan goyah pada hari kedua selepas bermula baik pada hari pertama kejohanan dengan satu eagle dan tujuh birdie semalam.

Pemain kelahiran Melaka itu mencatat pukulan yang teruk pada par-4 lubang dua di mana dia membuat pukulan ‘double par’.

GAVIN Green mengikuti rapat di tangga kedua dengan ketinggalan satu pukulan. – FOTO/IHSAN PGM

Shahrifuddin bukan satu-satunya pemain profesional yang bermain melebihi par hari ini kerana hanya lima pemain berjaya melakukan pukulan di bawah 72 antaranya ialah Gavin Green yang mencatat markah terbaik dengan 5 di bawah 67 untuk skor bebas bogey.

Gavin, 28, berjaya mendapat tempat kedua di belakang Chia dengan kekurangan satu pukulan.

Pemain amatur terbaik selepas 36 lubang ialah Anson Yeo dengan markah 73, 73 meraih kedudukan di tempat ke-13.

Seramai 60 pemain berjaya mara ke pusingan ketiga bagi merebut Trofi Piala Tun Ahmad Sarji PGM yang menawarkan wang tunai keseluruhan RM200,000.

Selepas mengharungi keadaan cuaca yang mencabar hari ini menyebabkan perlawanan ditangguhkan akibat petir pada pukul 10.58 pagi dan bersambung semula pada pukul 12:15 tengah hari.

Mengikuti Chia, Gavin dan Shahrifuddin ialah sembilan pemain iaitu Galven Green -3 (70), (71); Khor Kheng Hwai -3 (72), (69); Kenneth De Silva -2 (70), (72); Fakhrul Akmal E (75), (69); Rizal Amin +1 (69), (76); U-Minn Woon +1 (72), (73); Kemarol Baharin +1 (72), (73); Wafiyuddin Manaf +1 (73), (73) dan Kenneth Tobuse +1 (75), (70). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN