JOHOR BAHRU: Calon paling tua yang ditampilkan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak melihat faktor usia sebagai penghalang untuk dia menyumbang kemenangan kepada parti itu. Mat Khairi Samsudin, 66, yang dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili berkata, dia hanya perlu menyusun strategi yang digerakkan bersama jentera bagi mendekati pelbagai lapisan pengundi ketika berkempen. “Faktor usia tidak seharusnya menjadi ukuran kerana setiap calon baik muda atau tua mempunyai kelebihan masing-masing…










