Calon PH DUN Endau berbusana pengantin di hari penamaan calon

Calon PH DUN Endau berbusana pengantin di hari penamaan calon

MOHD. Fakrulradzi Mahmud memeluk bapanya, Mahmud Mat Isa sebelum melangkah masuk ke pusat penamaan calon DUN Endau di Dewan Serbaguna Endau, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau membuat kejutan apabila mengenakan busana pengantin ketika hadir ke Dewan Serbaguna Endau bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pagi ini.

Mohd. Fakrulradzi, 32, Mahmud dari Parti Amanah Negara (Amanah) diiringi bapanya, Mahmud Mat Isa, 85, berpakaian pengantin berwarna ungu lengkap bertanjak sampai ke dewan berkenaan pada pukul 8.38 bagi 

Ketua Pemuda Amanah Kawasan Mersing itu sempat bersalaman dan memeluk bapanya sebelum masuk ke dewan berkenaan bagi menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon tersebut.

Beliau yang telah melangsungkan pernikahan pada 22 Februari lalu dijangka mengadakan majlis resepsi pada hari ini sejurus proses penamaan calon tersebut selesai.

Mohd. Fakrulradzi akan berdepan tiga calon lain iaitu Barisan Nasional (BN) diwakili Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd. Youzaimi Yusof yang menjadi calon pertama sampai pada pukul 8.05 pagi.

Calon kedua dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohd. Noorhisyam Ibrahim tiba pada pukul 8.15 diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib yang juga penyandang kerusi DUN Endau, pada pukul 8.38 pagi. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN