Beri 35 peratus kerusi Parlimen kepada Sabah, Sarawak

Beri 35 peratus kerusi Parlimen kepada Sabah, Sarawak

DR. JEFFREY KITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan perlu memastikan agihan kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada 35 peratus kerusi bagi melindungi hak dan keistimewaan kedua-dua negeri tersebut.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, pada masa ini, Sabah hanya mempunyai 25 kerusi dan Sarawak mempunyai 31 kerusi.

Ini bermakna kedua-dua negeri hanya menerima 56 kerusi atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen di negara ini.

Namun, semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 1964, peruntukan kerusi kepada Sabah, Sarawak dan Singapura adalah 55 kerusi atau 35 peratus daripada 159 kerusi Parlimen yang dipertandingkan ketika ini.

Peratusan kerusi yang diperuntukkan semasa Singapura belum keluar daripada Malaysia harus menjadi justifikasi untuk Sabah dan Sarawak diberi lebih banyak kerusi kerana sekarang kedua-dua negeri ini hanya menerima 25 peratus kerusi Parlimen.

“Di Sabah, kebanyakan kerusi ini dimiliki oleh pemimpin berasaskan parti-parti Semenanjung.

“Jadi, timbul persoalan, adakah hak Perlembagaan negeri dapat dilindungi jika ahli Parlimen kita bersuara mengikut pendirian parti semasa tuntutkan mengenai hak-hak Sabah dan Sarawak diperjuangkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, kenyataan ini seiring dengan pandangan kerajaan Sarawak untuk mendapatkan satu pertiga kerusi selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mengulas lanjut katanya, STAR sentiasa berjuang mendapatkan lebih banyak hak untuk Sabah sebelum berkuasa dan setelah berada dalam kerajaan.

“Malah, perjuangan ini turut dimasukkan dalam manifesto parti. Kita tidak akan berhenti memperjuangkan hak serta mengembalikan kuasa veto dalam Parlimen.

Jeffrey, yang juga Ahli Parlimen Keningau itu berkata, selaku ahli Jawatankuasa Kerja MA63, beliau akan memastikan permintaan bagi mendapatkan lebih banyak kerusi akan menjadi keutamaan. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya