Bekas ustaz didakwa liwat, amang seksual enam pelajar - Utusan Malaysia

Bekas ustaz didakwa liwat, amang seksual enam pelajar

MUHAMMAD Jamil Abdul Kadir dibawa ke Mahkamah Sesyen Kemaman kerana meliwat dan melakukan amang seksual ke atas enam pelajar lelakinya pada Disember 2021 hingga Februari lalu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang bekas ustaz di sebuah pusat tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual ke atas enam pelajar lelakinya pada Disember 2021 hingga Februari lalu.

Tertuduh, Muhammad Jamil Abdul Kadir, 23, yang mengalirkan air mata bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Muhammad Jamil yang juga warden didakwa melakukan kesalahan itu terhadap enam murid berusia antara 11 hingga 13 tahun ketika di asrama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhanisah S H Sahul Hamid mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan dua pertuduhan di bawah Seksyen 377B kanun sama.

Empat pertuduhan lain adalah di bawah Seksyen 14(d), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala tiga pertuduhan melibatkan Seksyen 14(a), akta sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM51,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin di samping tidak boleh mengganggu atau mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.

Wan Suhaila kemudian menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya