Banjir makin buruk di Terengganu, Kelantan  

Banjir :Terengganu makin buruk, penduduk Kelantan dakwa tidak pernah berlaku bulan Februari

PENDUDUK tidak melepaskan peluang mandi air banjir walaupun hujan sekitar tinjauan di Kampung Tengkawang di Hulu Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Banjir yang melanda dua negeri iaitu Terengganu dan Kelantan menunjukan tanda tanda semakin buruk. 

Banjir  fasa kelima di Terengganu yang memasuki hari kedua kini bertambah buruk selepas 3,434 mangsa melibatkan 985 keluarga dipindahkan ke 67 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 4 petang ini, mangsa banjir meningkat 871 orang berbanding seramai 2,563 orang yang direkodkan pukul 9 pagi tadi.

Katanya, mangsa tertinggi kekal direkodkan di daerah Kemaman dengan sejumlah 1,995 orang ditempatkan di 21 PPS.

“Mangsa banjir di empat daerah lain turut bertambah dengan Hulu Terengganu seramai 562 orang, Besut (471 orang), Setiu (305 orang) dan Dungun (101 orang).

“Cuaca semasa masih lagi hujan lebat berterusan di kesemua lapan daerah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, lebih banyak kawasan di Kemaman dijangka banjir petang ini susulan fenomena air pasang besar.

“Kita bersiap sedia dengan kemungkinan banjir terutama di Kampung Bukit Mentok, Pengkalan Pandan dan Kampung Tanjung Mak Tat jika hujan berterusan dan air pasang besar,” katanya.

Semenytara itu di KELANTAN, banjir terus buruk tan apabila 31 pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan setakat pukul 3 petang ini bagi menempatkan 2,115 mangsa banjir di daerah ini, Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas. 

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 906 orang diikuti Jeli dengan 471 mangsa, Kuala Krai (431 mangsa) dan Tanah Merah (307 mangsa)

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan enam sungai utama di negeri ini sudah melepasi paras bahaya dan masih menunjukkan trend meningkat.

Sungai-sungai tersebut ialah Sungai Lanas di Jeli, Sungai Lebir di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Pahi, Sungai Temangan di Machang, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Jenob di Tanah Merah.

Sementara itu, rata-rata penduduk di Kampung Rahmat dan Kampung Ayer Lanas di sini menyifatkan banjir kali ini pelik dan luar biasa kerana kawasan itu tidak pernah dilanda banjir pada bulan Februari.

Penduduk Kampung Rahmat, Norhayati Ismail 49, berkata, hujan lebat sejak Khamis lalu menyebabkan air naik dengan cepat, memaksa penduduk berpindah ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas sejak petang semalam. 

Tinjauan Utusan Malaysia di Zon Bebas Cukai di Pekan Rantau Panjang pula mendapati syurga beli belah tersebut lumpuh sepenuhnya apabila dinaiki akibat limpahan Sungai Golok sejak pagi ini.

Semua laluan masuk ke pekan itu dan kawasan berhampiran seperti Kampung Tersang, Kampung Bagus, Kampung Kubang Jejulok dan Kampung Banggol Kulim kini ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Sementara itu di KELANTAN  banjir terus memburuk  apabila 31 pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan setakat pukul 3 petang ini bagi menempatkan 2,115 mangsa banjir di daerah ini, Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas. 

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 906 orang diikuti Jeli dengan 471 mangsa, Kuala Krai (431 mangsa) dan Tanah Merah (307 mangsa)

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan enam sungai utama di negeri ini sudah melepasi paras bahaya dan masih menunjukkan trend meningkat.

Sungai-sungai tersebut ialah Sungai Lanas di Jeli, Sungai Lebir di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Pahi, Sungai Temangan di Machang, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Jenob di Tanah Merah.

Sementara itu, rata-rata penduduk di Kampung Rahmat dan Kampung Ayer Lanas di sini menyifatkan banjir kali ini pelik dan luar biasa kerana kawasan itu tidak pernah dilanda banjir pada bulan Februari.

Penduduk Kampung Rahmat, Norhayati Ismail 49, berkata, hujan lebat sejak Khamis lalu menyebabkan air naik dengan cepat, memaksa penduduk berpindah ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas sejak petang semalam. 

Tinjauan Utusan Malaysia di Zon Bebas Cukai di Pekan Rantau Panjang pula mendapati syurga beli belah tersebut lumpuh sepenuhnya apabila dinaiki akibat limpahan Sungai Golok sejak pagi ini.

Semua laluan masuk ke pekan itu dan kawasan berhampiran seperti Kampung Tersang, Kampung Bagus, Kampung Kubang Jejulok dan Kampung Banggol Kulim kini ditutup kepada semua jenis kenderaan. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN