KOTA BHARU: Terengganu dan Kelantan terus dibadai banjir dengan jumlah mangsa di kedua-dua negeri terus meningkat kepada 11,736 orang susulan cuaca buruk sejak tiga hari lalu. Di Terengganu, jumlah mangsa melonjak kepada 5,722 orang dalam tempoh lapan jam berbanding 4,419 orang direkodkan pagi kelmarin. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 4 petang semalam, kesemua mangsa melibatkan 1,736 keluarga ditempatkan di 102 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di…